Ahad, 16 Jun 2013

PROGRAM SRS

 
PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH
 
Program Rondaan SRS telah dilaksanakan pada 15 Jun 2013 yang telah melibatkan 10 anggota dibawah ketuanya En Mohamad B Kawi. Alhamdulillah, pada malam tersebut tiada apa-apa kejadian yang berlaku dan semua pihak telah memberi kerjasama yang sepenuhnya. Sepanjang rondaan dijalankan pegawai petugas di desertakan dua Walkie Talkie, baju SRS, bammbo, lampu suluh dan semua petugas di sediakan jamuan ringan yang menggunakan peruntukan KRT yang sedia ada. Aktiviti SRS dilaksanakan dua kali dalam sebulan yang masing-masingnya mengikut kumpulan yang telah dibentuk.
 

 
 
 
 
 

Selasa, 11 Jun 2013

RUKUN TETANGGA

LATAR BELAKANG

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Satu Akta telah digubal di Parlimen dan mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2012 dinamakan Akta Rukun Tetangga 2012, ianya merangkumi akta yang berhubung dengan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela.
Rukun Tetangga adalah satu jawatankuasa sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Penubuhannya diutamakan di kawasan-kawasan kediaman di bandar, pinggir bandar dan kawasan yang berisiko tinggi. Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.

Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
 
 

Ahad, 2 Jun 2013

AKTIVITI SRS KUMPULAN SATU KRT KPG DEBAK LAUT HILIR

 
 
Bersedia untuk operasi
 
 
Alat komunikasi untuk berhubung antara satu dengan yang lain bagi memudahkan penyampaian berita setiap pergerakan dan akan disampaikan ke bilik operasi untuk catatan pegawai bertugas
 
 
Berhenti rehat untuk jamuan malam petugas
 
 
Rondakan dan perhatian dari sudut jauh para petugas
 
 
Kongsi pengalaman dan membuat perbincangan bagi memudahan operasi berpadu