Selasa, 28 Februari 2012

VISI DAN MISI


PENGERUSI KRT KAMPUNG HILIR DEBAK LAUT
( Mempunyai visi dan misi tersendiri ke arah menggerakkan minda masyarakat yang lebih berdaya tahan)

Profail Ringkas : Berkhidmat dalam kerajaan ( 20 tahun dalam bidang kemasyarakatan )
                                       : Pernah menjulang nama Kampung Debak Laut Naib Juara Pertandingan   
                                         Keceriaan Kampung dan Naib Juara Anugerah Desa Cemerlang (ADC)
                                         Peringkat Bahagian Betong Tahun 2000.
                                       : Pernah memberi taklimat pembangunan kampung kepada ketua-ketua jabatan
                                       : Berkhidmat dalam JKKK sebagai Setiausaha selama 8 tahun
                                       : Sebagai perancang utama pembangunan kampung Debak Laut sejak 1999
                                         sebelum bersara pada tahun 2010.
                                       : Berkhidmat sebagai Penyelia KEMAS DUN N32 Bukit Saban ( sekarang )

Misi
Sehati sejiwa, bertolak ansur, hormat menghormati, kerjasama dan mendidik masyarakat supaya menanam sikap kasih sayang antara jiran menjadi misi dan agenda utama penubuhan KRT. Selain dari penumpuan aspek keselamatan masyarakat  untuk memperkasakan nilai kerohanian dalam usaha melahirlah masyarakat madani.

Visi
  1. Memberi penekanan aspek kerohanian seperti pendidikan, keagamaan, kebajikan, keselamatan, kesukanan.
  2. Memberi penumpuan kepada aspek keselamatan. Kehidupan yang selesa dari segi keselamatan adalah kunci kejayaan KRT.
  3. Semangat kejiranan yang tinggi dan dapat hidup dengan aman dan damai dan bergaul mesra serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.
  4. Peka dengan masalah setempat serta membuat tindakan yang cepat dan pantas sekiranya berlaku aduan tentang pergaduhan dan juga masalah lain.
  5. Menyediakan aktiviti dan program yang benar-benar memenuhi citarasa masyarakat sudah tentu akan mengisi kekosongan masa yang tidak memberi faedah kepada masyarakat.
  6. Meningkatkan mentaliti masyarakat dan tidak terkejut dengan arus perubahan dan masyarakat yang dilahirkan akan mencapai masyarkat kelas menengah.
Pencapaian Misi dan Visi
Selain mengadakan aktiviti, masyarakat perlu didik melalui pelbagai cara seperti didedahkan dengan ceramah motivasi, lawatan dan latihan serta memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk terbabit dengan program KRT. Insya-Allah misi dan visi akan berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan