Ahad, 25 Mac 2012

SUKANEKA RAKYAT


Tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa dan barisan KRT kampung Hilir di atas kesungguhan anda dalam menjayakan program sukaneka, poco dan pertandingan karaoke. Perlu kita sedari setiap kejayaan itu bermula dari pengorbanan  di peringkat bawah lagi. Walaupun kita KRT tidak mempunyai dana seperti KRT lain, namun dengan semangat wajar dan juang yang tinggi dengan komitmen yang jitu daripada kita semua akhirnya empat program seperti gotong royong bersama BOMBA, sukaneka rakyat, pertandingan poco-poco dan pertandingan karaoke dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya berazam sebagai pengerusi yang dipilih oleh anda akan menumpukan perhatian yang baik dan ke hadapan bagi memastikan halatuju KRT Kampung Hilir terus gah dan aktif. Insyallah, saya akan gunakan ruang dan peluang ini untuk terus menabur bakti bagi memastikan penduduk di kampung Hilir dapat maju dari segi ekonomi, sosial dan pembangunannya. Kita rapat-rapatkan barisan hadapan kita agar tidak mudah goyah dan rapuh dan akan sentiasa kukuh dari masa ke semasa. Kita bukan untuk bertanding dan bukan untuk berlawan antara satu dengan yang lain, tetapi kita mempunyai azam dan harapan agar Kampung Hilir tidak sunyi seperti gua tiada berpenghuni. Jom kita sama-sama berjuang dan bangkit membangun kampung kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan