Penubuhan KRT bagi Kampung Hilir Debak Laut bertujuan untuk membawa perubahan pembangunan dan transformasi minda penduduk untuk berubah maju ke hadapan. Dalam usaha tersebut, semua ahlijawatankuasa yang dilantik berhak menyuarakan pendapat, buah fikiran dalam usaha memperkukuhkan KRT Kampung Hilir selaras dengan Visi dan Misi penubuhannya.
Adalah diharapkan, dengan wujudnya KRT ini dapat melahirkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan selaras dengan kehendak kerajaan mewujudkan sebuah kampung yang maju, selamat dan makmur.
Bagi mencapai visi dan misi itu, KRT Kampung Hilir Debak Laut akan mengutamakan 3M ( Merancang, Melaksana dan Menilai ) sebagai satu langkah dan strategi memajukan KRT yang lebih efisyen dan berdaya tahan.
KRT Kampung Hilir akan berhubung rapat dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan keupayaan KRT ini disamping mengakseskan maklumat antara satu dengan lain bagi mewujudkan satu rangkaian yang ampuh.
Melalui usaha ini, perancangan rapi akan dilakukan dengan membentuk satu rangkaian kumpulan yang baik dan terurus.
Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan berpandukan kepada takwim tahunan KRT yang dipersetujui.
KRT Kampung Hilir Debak Laut bermatlamatkan kepada pengwujudan masyarakat yang berdaya tahan, kreatif, berilmu dan berwawasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan