PERPADUAN PEMANGKIN KEMAKMURAN SEJAGAT http://www.krtkampunghilir.blogspot.com
Ahad, 25 Mac 2012
SUKANEKA RAKYAT
Tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa dan barisan KRT kampung Hilir di atas kesungguhan anda dalam menjayakan program sukaneka, poco dan pertandingan karaoke. Perlu kita sedari setiap kejayaan itu bermula dari pengorbanan di peringkat bawah lagi. Walaupun kita KRT tidak mempunyai dana seperti KRT lain, namun dengan semangat wajar dan juang yang tinggi dengan komitmen yang jitu daripada kita semua akhirnya empat program seperti gotong royong bersama BOMBA, sukaneka rakyat, pertandingan poco-poco dan pertandingan karaoke dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya berazam sebagai pengerusi yang dipilih oleh anda akan menumpukan perhatian yang baik dan ke hadapan bagi memastikan halatuju KRT Kampung Hilir terus gah dan aktif. Insyallah, saya akan gunakan ruang dan peluang ini untuk terus menabur bakti bagi memastikan penduduk di kampung Hilir dapat maju dari segi ekonomi, sosial dan pembangunannya. Kita rapat-rapatkan barisan hadapan kita agar tidak mudah goyah dan rapuh dan akan sentiasa kukuh dari masa ke semasa. Kita bukan untuk bertanding dan bukan untuk berlawan antara satu dengan yang lain, tetapi kita mempunyai azam dan harapan agar Kampung Hilir tidak sunyi seperti gua tiada berpenghuni. Jom kita sama-sama berjuang dan bangkit membangun kampung kita.
Sabtu, 17 Mac 2012
PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA BOMBA
Pengerusi KRT Kampung Hilir Debak Laut menyerahkan cenderahati kepada pihak BOMBA selepas selesainya program gotong royong membersih sistem perparitan baru-baru ini. KRT Kampung Hilir mengucapkan berbanyak terimakasih di atas kerjasama tersebut.
Rabu, 7 Mac 2012
AKTIVITI KRT AWAL TAHUN 2012
PENGUMUMAN SEMASA
Nama Program : Program Jiran Sepakat KRT Kampung Hilir
Lokasi : Kampung Hilir Debak Laut
Tarikh : 16 dan 17 Mac 2012
Pengisian Program :
1. Program Gotong Royong Membersih Perparitan Utama
- KRT dengan kerjasama BOMBA ( sebelah pagi )
2. Program Sukaneka Rakyat ( sebelah petang )
3. Pertandingan Poco-poco dan Karaoke
4. Cabutan Tiket Bertuah KRT
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan program ini. Datanglah beramai-ramai ke Kampung Hilir Debak Laut.
Selasa, 6 Mac 2012
TAKWIM 2012
TAKWIM KRT KAMPUNG HILIR DEBAK LAUT 2012 | ||||
BIL | BULAN | PROGRAM | PENGLIBATAN | AGENSI |
1 | FEBUARI | PENUBUHAN JAWATANKUASA KRT | PENDUDUK KPG HILIR | |
2 | MAC | GOTONG ROYONG BERSIH KAMPUNG | PENDUDUK KPG HILIR | BOMBA |
3 | APRIL | PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS | WARGA EMAS | KESIHATAN |
4 | MEI | MESYUARAT AKTIVITI | AJK KRT | |
5 | JUN | PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS | WARGA EMAS | KESIHATAN |
6 | JULAI | MESYUARAT AKTIVITI | AJK KRT | |
7 | OGOS | PROGRAM AMAL BERSIH TABIKA | AJK KRT | |
8 | SEPT. | PROGRAM AMAL BERSIH T.KUBUR | AJK KRT/PDK KPG HILIR | |
9 | OKTOBER | PROGRAM KESIHATAN | PENDUDUK KPG HILIR | KESIHATAN |
10 | DIS. | MESYUARAT TAHUNAN | AJK |
PERANCANGAN AKTIVITI KRT
Dalam usaha untuk mencapai hasrat kampung sejahtera, bersih, aman dan ekonomi penduduk baik pelbagai usaha telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut takwim KRT. Sebagai langkah pertama ke arah itu, KRT Kampung Hilir akan mengadakan gotong royong membersih sistem saliran utama kampung, membantu keselesaan rumah (bina semula atau baikpulih) dan membantu pengusaha kecilan untuk mendapatkan tempat mencari rezeki dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkidmatan dan pendapatan mereka disamping membantu para petani dan pekebun.
Antara agensi yang terlibat nanti ialah Jabatan BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah dan agensi lain yang berkaitan.
Kemudahan jalanraya perlu dinaiktarafkan untuk keselesaan penduduk kampung.
Antara agensi yang terlibat nanti ialah Jabatan BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah dan agensi lain yang berkaitan.
Kemudahan jalanraya perlu dinaiktarafkan untuk keselesaan penduduk kampung.
Peningkatan kuantiti dan kualiti pekebun
Rumah perlu diperbaiki untuk keselesaan penghuni
Khamis, 1 Mac 2012
SEJARAH KRT
Pengenalan Skim Rukun Tetangga
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
- Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
- Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
- 5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
- 2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
5. Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
6. Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
7. Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
- Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
Langgan:
Catatan (Atom)