PERANCANGAN KRT 2012 -2013 MELIPUTI 3 FASA
Fasa 1
Pengwujudan masyarakat harmoni dan berwawasan
- memberi pendedahan kepada masyarakat di bawah KRT Kampung Hilir untuk terus bersatu padu
- mengadakan beberapa siri ceramah kepimpinan
Fasa 2
Mewujudkan kawasan yang bersih, selamat dan aman
- mengadakan pelbagai program gotong royong dan kerja amal
- mengadakan perjumpaan atau dialog dengan anggota keselamatan
- membuat rondaan dalam kampung dibawah seliaan KRT
- menjemput agensi kerajaan untuk mengadakan pelbagai program tingkatkan keupayaan KRT
Fasa 3
Pengwujudan masyarakat berdikari dan berilmu
- memberi peluang kepada masyarakat di bawah KRT untuk menyertai pelbagai program samada
menghadiri kursus, ceramah dan sebagainya.
- menyampaikan dasar-dasar kerajaan
- menggalakkan anggota KRT atau masyarakat dibawah KRT merebut peluang pekerjaan atau peluang
kerjaya yang boleh meningkatkan sumber pendapatan keluarga
PERPADUAN PEMANGKIN KEMAKMURAN SEJAGAT http://www.krtkampunghilir.blogspot.com
Rabu, 29 Februari 2012
MAJLIS TAKLIMAT TUBUH KRT
PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH
Alhamdulillah, kerana KRT Kampung Hilir telah dapat ditubuhkan dengan jayanya. Penghargaan bebanyak-banyak terimakasih kepada penduduk kampung hilir yang telah hadir dalam perjumpaan tersebut. Sesungguhnya sokongan tuan puan dalam menjayakan KRT ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk memajukan kampung serta kawasan kita ke arah desa yang cemerlang.

MATLAMAT UTAMA PENUBUHAN
Penubuhan KRT bagi Kampung Hilir Debak Laut bertujuan untuk membawa perubahan pembangunan dan transformasi minda penduduk untuk berubah maju ke hadapan. Dalam usaha tersebut, semua ahlijawatankuasa yang dilantik berhak menyuarakan pendapat, buah fikiran dalam usaha memperkukuhkan KRT Kampung Hilir selaras dengan Visi dan Misi penubuhannya.
Adalah diharapkan, dengan wujudnya KRT ini dapat melahirkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan selaras dengan kehendak kerajaan mewujudkan sebuah kampung yang maju, selamat dan makmur.
Bagi mencapai visi dan misi itu, KRT Kampung Hilir Debak Laut akan mengutamakan 3M ( Merancang, Melaksana dan Menilai ) sebagai satu langkah dan strategi memajukan KRT yang lebih efisyen dan berdaya tahan.
KRT Kampung Hilir akan berhubung rapat dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan keupayaan KRT ini disamping mengakseskan maklumat antara satu dengan lain bagi mewujudkan satu rangkaian yang ampuh.
Melalui usaha ini, perancangan rapi akan dilakukan dengan membentuk satu rangkaian kumpulan yang baik dan terurus.
Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan berpandukan kepada takwim tahunan KRT yang dipersetujui.
KRT Kampung Hilir Debak Laut bermatlamatkan kepada pengwujudan masyarakat yang berdaya tahan, kreatif, berilmu dan berwawasan.

Selasa, 28 Februari 2012
VISI DAN MISI
PENGERUSI KRT KAMPUNG HILIR DEBAK LAUT
( Mempunyai visi dan misi tersendiri ke arah menggerakkan minda masyarakat yang lebih berdaya tahan)
Profail Ringkas : Berkhidmat dalam kerajaan ( 20 tahun dalam bidang kemasyarakatan )
: Pernah menjulang nama Kampung Debak Laut Naib Juara Pertandingan
Keceriaan Kampung dan Naib Juara Anugerah Desa Cemerlang (ADC)
Peringkat Bahagian Betong Tahun 2000.
: Pernah memberi taklimat pembangunan kampung kepada ketua-ketua jabatan
: Berkhidmat dalam JKKK sebagai Setiausaha selama 8 tahun
: Sebagai perancang utama pembangunan kampung Debak Laut sejak 1999
sebelum bersara pada tahun 2010.
: Berkhidmat sebagai Penyelia KEMAS DUN N32 Bukit Saban ( sekarang )
MisiSehati sejiwa, bertolak ansur, hormat menghormati, kerjasama dan mendidik masyarakat supaya menanam sikap kasih sayang antara jiran menjadi misi dan agenda utama penubuhan KRT. Selain dari penumpuan aspek keselamatan masyarakat untuk memperkasakan nilai kerohanian dalam usaha melahirlah masyarakat madani.
Visi
- Memberi penekanan aspek kerohanian seperti pendidikan, keagamaan, kebajikan, keselamatan, kesukanan.
- Memberi penumpuan kepada aspek keselamatan. Kehidupan yang selesa dari segi keselamatan adalah kunci kejayaan KRT.
- Semangat kejiranan yang tinggi dan dapat hidup dengan aman dan damai dan bergaul mesra serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.
- Peka dengan masalah setempat serta membuat tindakan yang cepat dan pantas sekiranya berlaku aduan tentang pergaduhan dan juga masalah lain.
- Menyediakan aktiviti dan program yang benar-benar memenuhi citarasa masyarakat sudah tentu akan mengisi kekosongan masa yang tidak memberi faedah kepada masyarakat.
- Meningkatkan mentaliti masyarakat dan tidak terkejut dengan arus perubahan dan masyarakat yang dilahirkan akan mencapai masyarkat kelas menengah.
Pencapaian Misi dan Visi
Selain mengadakan aktiviti, masyarakat perlu didik melalui pelbagai cara seperti didedahkan dengan ceramah motivasi, lawatan dan latihan serta memberi peluang kepada semua ahli masyarakat untuk terbabit dengan program KRT. Insya-Allah misi dan visi akan berjaya
Langgan:
Catatan (Atom)