Ahad, 9 September 2012

SEPANJANG PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 55




INFO SEMASA

Alhamdullilah akhirnya kami telah berjaya melaksanakan 3 program sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-55. Semuanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan mengikut takwim penubuhan RT pada 28 Febuari 2012. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Pertandingan mewarna peringkat kanak-kanak dan ibubapa TABIKA KEMAS Kampung Debak Laut, pertandingan mewarna untuk keluarga RT, sambutan Detik 12 malam 31 Ogos 2012 dan Konvoi Kemerdekaan melibatkan 23 buah motosikal dan sebuah kereta merentasi 4 buah kampung dengan 4 kilometer perjalanan. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat, semoga dimasa akan mendatang kita akan melaksanakan program serupa yang lebih besar lagi. Terimakasih juga kepada RT serta JKKK dan Ketua Kampung Lalang Hilir kerana bekerjasama dalam menjayakan program Semarak Merdeka dalam konvoi kami. Selepas ini, mengikut takwim 2012, RT Kampung Hilir akan melaksanakan Program Hari Keluarga dengan beberapa pengisian iaitu sukaneka rakyat dan gotong royong serta malam kebudayaan mengigati seni lama ( Pertandingan Bertandak ). Program ini dijangka dilaksanakan pada Hari Raya Haji.

Ahad, 1 Julai 2012

SEKITAR BENGKEL PEMANTAPAN TUGASAN JAWATANKUASA KRT
( PENGERUSI, SETIAUSAHA DAN BENDAHARI )
BERTEMPAT DI VICTORIA INN, SARATOK
PADA 01 JULAI 2012

Terimakasih kepada Pengarah JPNIN Negeri Sarawak atas amanat yang amat bernas dan berguna dalam usaha memantapkan jawatankuasa KRT yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya tahan dan kepada facilitator Pn Latifah, tahniah atas penerangan walaupun ringkas tetapi cukup padat. Semoga ianya akan beterusan dari masa ke semasa untuk melahirkan KRT yang lebih cemerlang.


Rabu, 20 Jun 2012

SEKITAR MAJLIS PERLANTIKAN KRT KAMPUNG HILIR DEBAK LAUT









Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir Debak Laut merakamkan ucapan berbanyak terimakasih kepada Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional kerana telah mendaftarkan KRT Kampung Hilir Debak Laut pada 19 Jun 2012. Hadir sama Pegawai RT Bahagian Betong En Mohd Dohan.

Sabtu, 19 Mei 2012

MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN KRT KAWASAN RUKUN TETANGGA PAYA UDAK 3. VIP YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS.

Selasa, 3 April 2012

PERANCANGAN AKTIVITI BULAN APRIL DAN MEI 2012



BERITA JIRAN SUKAN KRT

PERANCANGAN AKTIVITI BULAN APRIL DAN MEI BAGI TAHUN 2012
KRT KAMPUNG HILIR DEBAK LAUT.

Pertandingan Sepak Takraw

Veteran ( 40 - 45 )
Veteran ( 50 ke atas )
Belia ( 25 ke atas )

Pertandingan ini akan diselenggarakan oleh Jiran Sukan KRT Kampung Hilir

Tempat atau lokasi : Kampung Hilir Debak Laut
Tarikh : Akan ditentu dan dimaklumkan
Yuran Masuk : Akan ditentukan oleh pihak penganjur

Pertandingan ini akan dibuka kepada semua warga KRT Kampung Hilir ( penduduk kampung ) dan KRT Kampung kampung berhampiran akan dijemput bagi mewakili KRT masing-masing.

Ahad, 25 Mac 2012

SEKITAR PROGRAM GOTONG ROYONG - VIDEO

SUKANEKA RAKYAT


Tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa dan barisan KRT kampung Hilir di atas kesungguhan anda dalam menjayakan program sukaneka, poco dan pertandingan karaoke. Perlu kita sedari setiap kejayaan itu bermula dari pengorbanan  di peringkat bawah lagi. Walaupun kita KRT tidak mempunyai dana seperti KRT lain, namun dengan semangat wajar dan juang yang tinggi dengan komitmen yang jitu daripada kita semua akhirnya empat program seperti gotong royong bersama BOMBA, sukaneka rakyat, pertandingan poco-poco dan pertandingan karaoke dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya berazam sebagai pengerusi yang dipilih oleh anda akan menumpukan perhatian yang baik dan ke hadapan bagi memastikan halatuju KRT Kampung Hilir terus gah dan aktif. Insyallah, saya akan gunakan ruang dan peluang ini untuk terus menabur bakti bagi memastikan penduduk di kampung Hilir dapat maju dari segi ekonomi, sosial dan pembangunannya. Kita rapat-rapatkan barisan hadapan kita agar tidak mudah goyah dan rapuh dan akan sentiasa kukuh dari masa ke semasa. Kita bukan untuk bertanding dan bukan untuk berlawan antara satu dengan yang lain, tetapi kita mempunyai azam dan harapan agar Kampung Hilir tidak sunyi seperti gua tiada berpenghuni. Jom kita sama-sama berjuang dan bangkit membangun kampung kita.

Sabtu, 17 Mac 2012

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA BOMBA



Pengerusi KRT Kampung Hilir Debak Laut menyerahkan cenderahati kepada pihak BOMBA selepas selesainya program gotong royong membersih sistem perparitan baru-baru ini. KRT Kampung Hilir mengucapkan berbanyak terimakasih di atas kerjasama tersebut.

Rabu, 7 Mac 2012

AKTIVITI KRT AWAL TAHUN 2012

PENGUMUMAN SEMASA

KRT Kampung Hilir Debak Laut akan melaksanakan aktiviti pertamanya bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:

Nama Program : Program Jiran Sepakat KRT Kampung Hilir
Lokasi : Kampung Hilir Debak Laut
Tarikh : 16 dan 17 Mac 2012

Pengisian Program :

1. Program Gotong Royong Membersih Perparitan Utama
    - KRT dengan kerjasama BOMBA ( sebelah pagi )

2. Program Sukaneka Rakyat ( sebelah petang )

3. Pertandingan Poco-poco dan Karaoke

4. Cabutan Tiket Bertuah KRT

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan program ini. Datanglah beramai-ramai ke Kampung Hilir Debak Laut.

Selasa, 6 Mac 2012

TAKWIM 2012

TAKWIM KRT KAMPUNG HILIR DEBAK LAUT 2012

BIL
BULAN
PROGRAM
PENGLIBATAN
AGENSI
1
FEBUARI
PENUBUHAN JAWATANKUASA KRT
PENDUDUK KPG HILIR

2
MAC
GOTONG ROYONG BERSIH KAMPUNG
PENDUDUK KPG HILIR
BOMBA
3
APRIL
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS
WARGA EMAS
KESIHATAN
4
MEI
MESYUARAT AKTIVITI
AJK KRT

5
JUN
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS
WARGA EMAS
KESIHATAN
6
JULAI
MESYUARAT AKTIVITI
AJK KRT

7
OGOS
PROGRAM AMAL BERSIH TABIKA
AJK KRT

8
SEPT.
PROGRAM AMAL BERSIH T.KUBUR
AJK KRT/PDK KPG HILIR

9
OKTOBER
PROGRAM KESIHATAN
PENDUDUK KPG HILIR
KESIHATAN
10
DIS.
MESYUARAT TAHUNAN
AJK

PERANCANGAN AKTIVITI KRT

Dalam usaha untuk mencapai hasrat kampung sejahtera, bersih, aman dan ekonomi penduduk baik pelbagai usaha telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut takwim KRT. Sebagai langkah pertama ke arah itu, KRT Kampung Hilir akan mengadakan gotong royong membersih sistem saliran utama kampung, membantu keselesaan rumah (bina semula atau baikpulih) dan membantu pengusaha kecilan untuk mendapatkan tempat mencari rezeki dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkidmatan dan pendapatan mereka disamping membantu para petani dan pekebun.

Antara agensi yang terlibat nanti ialah Jabatan BOMBA dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah dan agensi lain yang berkaitan.

Kemudahan jalanraya perlu dinaiktarafkan untuk keselesaan penduduk kampung.


Peningkatan kuantiti dan kualiti pekebun

Rumah perlu diperbaiki untuk keselesaan penghuni